Wednesday 4 March 2009

Sabar Adikku Sayang

Assalamualaikum wrh wbt,

Abang faham adik. Abang betul-betul faham perasaan adik sebentar tadi. Abang juga pernah mengharungi perasaan yang sama. Pada waktu ini, kadang kala, abang juga masih merasai perasaan itu. Bukan kita dah sama-sama belajar dan tahu, jalan dakwah ini memang susah adik, ianya tidak ditaburi dengan permaidani indah. Tapi, ianya penuh dengan ranjau dan duri tajam adikku sayang.

Adakah kita sangka kita telah beriman adik? Sedangkan Allah masih belum lagi menguji keimanan kita? Adik, dari hari pertama adik menjejakkan kaki ke bumi asing ini, abang sedar yang abang telah dianugerahkan oleh Allah sebutir mutiara yang sungguh bernilai harganya! Dari saat itulah, abang berjanji dengan diri abang untuk jaga mutiara nih betul-betul. Abang tak nak mutiara ini tercalar apatah lagi jauh dari hati abang ini. Biarlah diri abang yang tercalar... biarlah diri abang yang menderita, kerana abang mahu mutiara di tangan abang ini terus menyinarkan cahayanya ke seluruh pelusuk alam. Ketika itu, abang akan tersenyum riang adik.

Abang mengaku, dalam perjalanan abang menjaga adik, banyak masalah yang abang hadapi. Kadang kala, terasa nak futur jer dari jalan dakwah nih. Kadang kala, abang rasa nak serahkan adik pada peniaga mutiara lain sahaja. Tapi, abang hanya mampu mengungkapkan kata-kata itu sahaja, jauh sekali dari melakukannya. Alhamdulillah... kini, apabila abang melihat adik semakin berani menyinarkan cahaya adik kepada orang di tepi jalan. Melihat adik begitu, kesemua derita dan sedih abang hilang begitu sahaja.

Kini, abang sedar adik sedang di uji dengan satu ujian yang berat. Abang amat memahami kerisauan adik. Abang tahu sekiranya di beri pilihan, sudah pasti adik mahu terus menyinarkan cahaya adik kepada orang ramai. Tapi, pasti ada sebab yang membuatan adik hilang rasa kepercayaan adik pada diri sendiri.

Adikku sayang, jangan risau... senyumlah kembali.. senyuman adik itu sering kali menghidupkan hati abang ini. Abang tak nak melihat wajah adik menjadi harimau hutan adik. Baik-baik kacak, jadi harimau pulak. Hyeh.. Adik, abang janji yang abang akan jaga adik selagi abang masih lagi hidup di dunia ini. Selagi jasad masih dikandung badan adik. Selagi nafas masih belum terhenti, selagi itu abang akan cuba untuk menjaga dan membantu adik. Tidak akan sesekali abang biarkan adik keseorangan dalam mengharungi ombak dan taufan di lautan adik.

Sekiranya suatu hari nanti abang perlu mencalarkan diri abang ini untuk adik, pasti abang akan lakukan adik. Semoga kita akan jumpa di syurga Firdaus Allah swt kelak yer adik.

Abang sayang adik!

waalaikum salam wrh wbt,
salam ukhuwwah

No comments: