Wednesday 4 March 2009

Hikmah Dalam Memberi Nasihat

Assamualaikum wrh wbt,

Hikmah adalah satu perkataan yang sering ana berfikir mengenainya sejak kebelakangan ini. Mungkin antum juga tidak terlepas dari berfikir mengenainya di dalam hidup antum. Hikmah adalah sesuatu yang amat diperlukan apabila ana ingin memberi pandangan atau nasihat kepada seseorang mahupun apabila ana ingin menegur seseorang ikhwah.

Antum rasa kenapa?

Ana tidak menafikan kepentingan untuk kita memberi pandangan, nasihat dan teguran kepada seseorang. Namum begitu, ada sesuatu yang lebih penting daripada semua itu, yakni ukhuwwah!

Ukhuwwah.. Suatu perkataan yang tidak mampu untuk ana jelaskan maksud dan kesannya dengan kata-kata sahaja. Ianya adalah harta bernilai bagi manusia di dunia ini apatahlagi bagi dai'e yang berkecimpung di dalam arena dakwah.

Bagi ana, hikmah dalam memberi nasihat bermaksud perlunya ada keseimbangan di antara berlemah lembut dan berkeras. Berlemah lembut dalam erti kata supaya ikhwah tersebut tidak akan terasa hati dengan kata-kata ana. Sebab kadang kala, kata-kata mampu disalah-tafsirkan atau lebih teruk mengguriskan hati seseorang ikhwah tanpa ana sedari. Berkeras dalam erti kata supaya ikhwah tersebut sedar yang kita sedang memberi nasihat kepada dia. Ini kerana, sekiranya kita terlalu berlemah lembut dan terlalu menjaga hati, ada besar kemungkinan untuk ikhwah tersebut tidak sedar akan hakikat yang kita sedang menegur perbuatannya. Susah kan... hyeh.. tapi, inshaAllah, semoga Allah menunjukkan kita dengan cara berhikmah yang terbaik.

Kenapa ana mulakan blog ini dengan bercerita mengenai hikmah?

Ana takut sebenarnya untuk meluahkan pandangan, nasihat dan teguran ana di dalam blog ini, kerana kadang kala, penulisan ana bermaksud begini, tapi kemungkinan besar para pembaca akan menafsirkannya dengan maksud yang lain pula.

InshaAllah, semoga Allah jauhkan kita daripada perkara-perkara dan perasaan yang mampu mencalarkan ikatan ukhuwwah sesama kita, terutamanya sesama kita yang bekerja bersama-sama di jalan dakwah ini.

Akhir kata, selamat membaca.

waalaikum salam wrh wbt,
salam ukhuwwah


No comments: